Monday, October 25, 2010

NBF XIV

Sid merebahkan tubuh ke atas tilam. Sebaik sahaja tubuhnya melekap pada tilam empuk itu, dia mengeluh lega. Letihnya dia hanya ALLAH sahaja yang tahu. Ketika ini dia hanya mahu melelapkan mata. Namun suara Ari membantutkan hasratnya.
What are you doing?” soal Ari terperanjat besar. Semasa Sid masuk ke sini sebentar tadi, dia tidak mengesyaki apa-apa. Dia berasa itu perkara biasa kerana sebelum tidur, Sdi akan menjenguknya terlebih dahulu. Tetapi apabila Sid dengan selamba sahaja berbaring di sebelahnya, tidak dapat tidak, tentulah dia berasa cuak. Kenapa Sid di sini?
“ Kita kena kongsi bilik. Semua balik, jadi bilik kosong dah tak ada,” Sid menjawab tanpa membuka mata. Dia tidak mahu bertengkar malam ini. Dia begitu memerlukan tidurnya. Kalau Ari tidak dapat menerima, itu bukan masalahnya.
“ Tak boleh ke kongsi dengan orang lain? Kenapa nak datang sini jugak?” Ari ternyata tidak puas hati. Macam mana dia mampu tidur lena mengenangkan Sid di sisi? Sid ketawa perlahan, namun matanya tetap terpejam.
“ Kenapa nak kongsi dengan orang lain? Ini bilik abang. Ari tahukan?” Ari terdiam. Ya..dia tahu dia menggunakan bilik Sid. Dan selama ini dia yang menguasai ruang yang sederhana besar ini. Sid lebih selesa tidur di bilik abangnya, namun apabila kesemuanya pulang, masakan masih mahu berkongsi bilik dengan abangnya yang sudah berkahwin itu. Dia bangun dari duduknya. Tidak selesa dia sekatil dengan Sid begitu. Manalah hendak dia melepak sementara menunggu Sid tidur. Bilik ini bukannya ada sofa panjang yang boleh dia tidur. Jadi, mahu tak mahu dia duduk di meja kerja Sid. Akhirnya Sid membuka mata.
“ Berhenti buat perangai macam budak-budak Ari. Abang nak tidur. Letih sangat ni. Jangan harap abang nak tidur atas lantai semata-mata Ari tak suka tidur sebelah abang. Abang nak tidur saja ok?” Kata Sid sambil merenungnya tajam. Ari sudah serba salah. Nampak sangatkah air mukanya mahu menyuruh Sid tidur di atas lantai sahaja?
“ Ari tak ngantuk lagi. Nak baca ni kejap,” jawabnya sambil menunjukkan buku di dalam tangannya. Buku yang baru dicapai dari meja Sid. Sid mendengus seketika, namun dia tidak berkata apa-apa. Nasiblah. Dia kembali melabuhkan tubuh. Dalam beberapa saat, dia sudah terlena. Ari terkedu. Macam mana Sid boleh nyenyak tidur sepantas itu? Dia melihat buku yang dicapainya sebentar tadi. Sekali lagi matanya buntang apabila membaca tajuk buku tersebut. Tonggak 12. Patutlah Sid mendengus sebentar tadi. Apa halnya dia mahu membaca buku yang membosankan itu? Dia bukannya mahu menduduki ujian PTK.
Ari menguap. Dia sudah mengantuk sebenarnya, namun egonya begitu tinggi. Dia tidak mahu mengalah kepada Sid. Dia bangun mengambil buku sketch yang dilukisnya tadi. Dan untuk beberapa jam kemudian, dia tekun melukis. Sid terjaga tengah malam itu. Dia terus bangun apabila berasakan di sebelahnya masih lagi kosong. Ari belum tidurkah? Dia mengeluh perlahan apabila melihat Ari tidur dalam keadaan duduk. Dengan pensil masih ditangan, dia melihat Ari tersenguk-senguk.
Sid bangun. Rasa mengantuknya langsung hilang. Mata jadi segar menyenangkan kedegilan Ari. Dia hanya mampu menggeleng apabila melihat lukisan Ari yang sudah tak ada rupa orang langsung. Sekejap bergaris ke kiri. Sekejap ke kanan. Atas dan bawah. Lukisan potrait yang bertukar abstrak pula. Nampak sangat Ari mengantuk namun tetap tidak mahu mengalah. Dia mengambil pensil dari tangan Ari dan diletakkan di atas meja. Dia tunduk mahu mengangkat Ari ke katil apabila matanya menangkap sehelai kertas yang bertangkup, dan tercerai dari buku sketch tersebut.
Sid mengambil kertas itu dan hatinya berasa rawan tiba-tiba. Dia merenung wajah Ari yang begitu nyenyak tidurnya dibalik keadaan yang tidak selesa itu. Ari melukis wajahnya! Dia merenung potrait itu lagi. Terdapat beberapa kesan basah di atas kertas tersebut. Sid menyentuhkan perlahan. Air mata! Saat itu runtuh segala pertahanan perasaannya. Dia tunduk merenung wajah Ari dengan penuh rasa kesal. Dia masih ingat apa yang pernah dikatakan Ari kepadanya dahulu. “Ari tak pernah menangis sebelum ni. Tapi sejak Ari jumpa abang, Ari tak boleh berhenti menangis? Kenapa ya?”

12 comments:

  1. perenggan terakhir ni terbaik, kak...saya rasa emosi yang cuba diutarakan..wahaha...

    Ari pandai melukis potret, so, akak nak ketengahkan profession sbgai pelukis pulak ke?

    ReplyDelete
  2. kak.ari ngn sid suami isteri ek?
    tbe2 da jd blur plak :)

    ReplyDelete
  3. Jan..melukis tu hobi je..bukan profesion pun..hahhaha..ehem..ehem..feeling jadi sid lak? hahahahha....

    ReplyDelete
  4. Nana...

    Blur tang mana..akak letak n3 mmg tak tersusun pon..depan n belakang..main pakai masuk..itu yg kejap mcm baru kenal..lepas tu dah sebilik lak..hahah..and yes..depa suami isteri

    ReplyDelete
  5. part ni bes..syahdunye.nape sid cm x pedulikn ari??cian ari...

    ReplyDelete
  6. Noor...
    Actually dalam part ni...Sid yg sebenarnya tidak dilayan oleh ari...hahhah..tapi nampak mcm ari kena buli je kan...hik hik hik

    ReplyDelete
  7. tau xpe.nmpk cm ari lg kesian jek.kak, mse ni dorg da kwin ke??kliru la pe sbnrnye yg jd kt depa ni.. x sbr nk tau cte sbnr..

    ReplyDelete
  8. hhahahha...
    seronoknya berjaya buat korang konfius..hehehheh...nak tahu kena tunggu siaplah ya..sabar....

    ReplyDelete
  9. okeh..lgpn 2011 tu bpe bln je lg.hahaa..ske akk ek wat org konpius.tp org akn rse lg saspen n nk tau pe kesah ari n sid sbnrnye.hehe

    ReplyDelete
  10. harus feeling2 sid kan...mellow macho mamat ni kak..haha..

    ReplyDelete
  11. hahaha. ke confuse an da djwb.
    thnx eh kak. patutla mcm xjumpe jln cerite rupenyer sume berterabur :))
    arghhh xsabar..~

    ReplyDelete