Sunday, November 14, 2010


“ Boleh saya tolong?” Rohana menoleh ke kiri. Seorang pemuda sedang tersenyum memandangnya. Dia bingkas bangun menyapu tangannya yang sedikit kotor dalam percubaannya menukar tayar kereta yang pancit. Lelaki yang baru tiba itu pantas menghulurkan sapu tangannya. Rohana sedikit was-was untuk mengambilnya. Lelaki ini tidak dikenali tetapi tiba-tiba sahaja datang mahu menghulurkan pertolongan. Sudah wajar dia berada sedikit curiga bukan?
“ Tak apa...ambil saja,” pinta lelaki berwajah jernih itu. Dengan sedikit malu-malu Rohana mencapai sapu tangan tersebut.
“ Saya cuci nanti,” katanya apabila melihat sapu tangan itu sudah bertukar warna. Lelaki itu hanya menggeleng tanda tidak mengapa.
“ Mari..saya tukarkan tayarnya,” pelawa lelaki yang baik hati itu lagi. Untuk setengah jam itu, Rohana menunggu lelaki ini menyudahkan kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi. Dia bukannya tidak boleh menukar tayar sendiri, namun pelawaan dari lelaki ini tidak boleh ditolak begitu sahaja. Tiba-tiba dia berasa teruja kerana buat kali pertama seorang lelaki datang menegurnya. Selama ini dia hanya sendiri. Dia seperti tidak wujud di mata orang lain. Tetapi entah mengapa...dia rasa sesuatu yang lain pada lelaki ini. Apa agaknya kata teman-teman sekerja andai dia berceritakan tentang apa yang berlaku pada hari ini. Mungkin mereka cemburu. Atau mungkin mereka tidak akan mempercayai kata-katanya langsung.
“ Kerja di mana?” soal pemuda itu dengan penuh mesra.
“ HKL,” jawabnya malu-malu.
“ Eh! Dekatlah kita. Saya kerja di IJN,” balas lelaki itu ternyata ceria dengan berita yang didengarinya itu. Bibir Rohana membentuk huruf O mendengar jawapan itu. Dekat. Tempat mereka bekerja memang dekat sekali.
“ Selalu ke makan kat sini?” Rohana hanya mengangguk. Di mana lagi kakitangan Hospital Kuala Lumpur menjamu selera kalau tidak bukan di Medan Selera ini.
“ Boleh tolong ambilkan botol air dalam kereta saya tak?” pinta lelaki itu menunjukkan ke arah keretanya yang terparkir berdekatan. Rohana mengangguk senang. Dia membuka pintu di bahagian belakang. Mengambil air yang mungkin mahu digunakan lelaki itu untuk mencuci tangannya. Sebelum menutup kereta dia terlihat sesuatu yang cukup menarik minatnya.
“ Terima kasih,” lelaki itu bersuara sebaik sahaja Rohana menyerahkan botol air itu.
“ Cantik patung-patung kecil dalam kereta awak tu. Awak suka kumpul ya?” soal Rohana penuh dengan rasa ingin tahu. Lelaki itu mengangguk senang.
“ Saya memang suka kumpul buat koleksi. Lebih-lebih lagi patung berbentuk Angel.”

8 comments:

  1. akak..ni ke pembunuh tu??? - Jahn

    ReplyDelete
  2. tak tahulah...mungkin ya..dan mungkin juga tak...hehehehe

    ReplyDelete
  3. Dhiya, akk lagi tak faham....bingung...sekejap baca bhg tu sekejap bhagian nie...tolong.... hahahaha tp akk baca saja lah ye...

    ReplyDelete
  4. akak...minta maaf kalau akak bingung..saya mmg sengaja buat macam ni sebab tak nak jalan cerita saya boleh diduga..nanti hilang elemen suprisenya..inipon ramai dah boleh agak dah jalan citer mcm mana..heheheheh....

    ReplyDelete
  5. hahaha, akak maksudkan saya kan,,,imaginasi saya dah berjalan kearah pembunuhan seterusnya...kesiannya si rohana tu...

    ReplyDelete
  6. ok..sy slh teka..huuu..igt kn angel ni de aty kt rohana..haha..cian rohana..da la 1st time laki tego die.kak..kalo novel ni da klua nt,sy nk trus order dr akk la..mls nk ssh kn dri cr kt kdi.hehe..x sbrnye

    ReplyDelete
  7. Noor..hehehe...mmg kalau sekali baca nampak macam laki tu minat kat rohana tapi...
    nak beli dr akak..ok je..hhehehhe

    ReplyDelete